Tutorial Lengkap

Kami mementingkan Cara Mudah untuk anda Mempelajari URUZ

Bahagian Pendaftaran

Cara Melanggan Free Trial URUZ

Setup Free Trial 30 Hari

Semua Syarikat akan diberikan 1 akaun trial dengan semua fungsi untuk tempoh 30 hari. Setelah tamat, anda ada pilihan untuk meneruskan langganan URUZ. Bagi yang berminat untuk melanggan, sila rujuk di halaman Pricing dengan menekan butang di bawah atau hubungi saja IT Support URUZ.

Bahagian Pengurusan Sistem - Siap Mengikut Susunan Tutorial

Cara URUZKAN Syarikat buat Pertama Kali

#1 - Setup Company

Setiap pemilik akaun baru akan diberikan satu akaun administration. Sila pergi ke menu Management untuk setup Company anda.

#2 - Set Leave

Administrator wajib Set Leave terlebih dahulu. Lengkapkan proses ini supaya tidak berlaku sebarang gangguan sistem pada masa akan datang.

#3 - Set Claim

Seterusnya, administrator wajib Set Claim syarikat. Lengkapkan proses ini supaya tidak berlaku sebarang gangguan sistem pada masa akan datang.

#4 - Set Department

Kemudian, administrator wajib Set Department pula. Lengkapkan proses ini supaya tidak berlaku sebarang gangguan sistem pada masa akan datang.

#5 - Set My Company

Sila abaikan dahulu Set Top Excecutives & Set Payroll Approval kerana kedua setting ini memerlukan maklumat nama kakitangan. Teruskan dengan Set My Company untuk memasukkan semua maklumat penting syarikat.

#6 - Set Late Time

Sila pastikan Set Late Time ini diaktifkan. Ianya berfungsi untuk membaca masa kehadiran kakitangan anda. Clock in lambat dari masa ditetapkan akan menyebabkan status kehadiran adalah Late.

Bahagian Pengurusan HR

Cara URUZKAN Kakitangan buat Pertama Kali

#7 - Add New Employee

Setelah selesai semua setting yang diperlukan, maka administrator boleh memfokuskan untuk mendaftar masuk kakitangan anda seorang demi seorang. Kakitangan pertama yang perlu anda tambah adalah diri anda sebagai HR. Ini kerana HR perlu seragamkan ID staf untuk semua kakitangan syarikat termasuk HR. Akaun administrator pula kekal sebagai akaun backup dan ID number untuk akaun ini tidak boleh diubah. Selepas ini anda hanya perlu login sebagai HR untuk meneruskan proses.

#8 - Set Top Executives

Pastikan anda sudah login sebagai HR. Setelah memasukkan semua kakitangan termasuk majikan di dalam URUZ, sila kembali ke setting Management untuk kecualikan Top Executives dari kelihatan di dashboard URUZ. 

#9 - Set Payroll Approval

Kemudian, anda selaku HR boleh set Payroll Approval di bahagian Setting Management yang sama dengan memilih senarai nama majikan yang boleh meluluskan Payroll setiap bulan.

Bahagian Pengurusan Pentadbiran

Cara Pengurusan URUZ Gaji, Kalendar, Komunikasi serta Hebahan

#10 - Uruskan Kalendar Syarikat

Fungsi ini dibuka kepada 3 level staf. Pertama majikan, kedua tim pengurusan (HR, Admin atau Akauntan) dan ketiga adalah Pengurus. Kalendar ini akan merekod dan memaparkan setiap aktiviti, peristiwa, mesyuarat atau cuti syarikat. Nama staf yang bercuti juga akan dipaparkan di ruangan ini.

#11 - Pengurusan Gaji Staf

Kebiasaannya HR akan menguruskan gaji dengan menggunakan mana-mana sistem atau excel. Di URUZ, HR hanya perlu faham dan isikan segala maklumat gaji di setiap kotak borang yang disediakan. Akhirnya, URUZ akan mengira jumlah potongan KWSP, Socso serta SIP kakitangan anda secara automatik.

#12 - Meluluskan Gaji

Kebiasaannya proses meluluskan gaji ini akan dilakukan oleh majikan (CEO atau Pengarah Urusan). HR boleh membantu menerangkan di mana kedudukan fungsi ini supaya majikan dapat meluluskan dengan mudah dan segera. Setelah kelulusan diperolehi, barulah kakitangan dapat memuat turun Pay Slip mereka. 

#13 - Menguruskan Hebahan

Fungsi ini akan membantu para majikan atau HR untuk menyampaikan semua info, notis serta polisi kepada setiap staf. Sebaik saja anda buat hebahan, setiap staf akan menerima notifikasi di telefon mereka. Manakala, di bahagian pengurusan pula akan dapat melihat senarai nama staf yang berjaya membaca hebahan anda.

#14 - Interaksi Dengan Staf

Fungsi Personal Inbox ini diwujudkan adalah untuk membantu majikan dapat berkomunikasi dengan mana-mana jabatan atau individu sama ada bertujuan untuk menegur, menasihati, membimbing atau atas apa jua hal mengenai kerja atau prestasi. 

#15 - Menghantar Notifikasi Ringkas

Bagi membantu staf alert dengan notis terkini dari syarikat, URUZ menyediakan satu kemudahan khas yang boleh digunakan oleh pihak pengurusan. Anda hanya perlu setkan skrip ringkas, submit dan ianya akan muncul di paparan skrin setiap kakitangan anda atau kakitangan jabatan tertentu. 

#16 - Bonus: Cipta Invois

Sebagai hadiah dari URUZ, kami sediakan satu fungsi ringkas untuk membolehkan akauntan anda mengeluarkan invois. Dengan hanya memasukkan nama klien dan butiran tertentu, sistem akan membantu mengeluarkan invois siap dengan "letter head" ringkas syarikat anda. Sistem ini akan ditingkatkan fungsinya ke fasa berikutnya dalam beberapa bulan lagi. 

#17 - Kongsikan Polisi Syarikat

Fungsi ini memang dibangunkan oleh syarikat untuk memudahkan HR berkongsi senarai polisi penting rasmi syarikat. Setiap kakitangan akan dapat membacanya menerusi paparan lampiran yang muncul di profail masing-masing. 

#19 - Fungsi Akan Datang

Masih banyak yang boleh dibangunkan di dalam URUZ. Ojektif penting di sini adalah URUZ mampu membantu membangunkan ekosistem pengurusan syarikat anda dengan sebaiknya. 

Bahagian Kakitangan

Cara Staf URUZ Maklumat Diri

#01 - Login URUZ Buat Pertama Kali

Pastikan HR anda sudah berjaya daftarkan maklumat diri anda di dalam akaun Induk URUZ terlebih dahulu. Kebiasaanya anda akan menerima 1 email dari URUZ yang mengandungi link website URUZ syarikat anda, username beserta password sementara. Anda boleh mengubah password tersebut selepas berjaya login. Sekiranya anda tiada menerima sebarang email, sila pastikan anda semak juga di bahagian SPAM atau terus menghubungi HR anda untuk bantuan secara manual. 

#02 - Halaman Utama URUZ

Anda mesti berjaya login terlebih dahulu sebelum anda memasuki gerbang utama laman web URUZ. Selaku pengguna baru, anda digalakkan  mematuhi arahan HR atau majikan sebelum anda mula menggunakan mana-mana fungsi yang disediakan.

#03 - Kemaskini Profail & Password

Staf baru yang telah berjaya login mesti melengkapkan profail peribadi. Arahan ini biasanya akan diberikan oleh HR anda. Dengan maklumat yang rapi akan membantu HR menyimpan semua data penting mengenai anda di dalam database URUZ.

#04 - Tambah Ahli Keluarga

Di mana-mana sektor pekerjaan pun, maklumat mengenai ahli keluarga staf sangat penting untuk direkodkan. Maklumat seperti alamat dan no. telefon wajar dikongsikan di bahagian ini untuk dijadikan talian kecemasan di masa akan datang. 

#05 - Clock In & Out

Maka bermulalah langkah pertama untuk seorang staf yang menggunakan URUZ. Sistem Clock in & Out URUZ dilengkapi dengan sistem yang boleh mengesan lokasi GPS anda. Jadi sila patuhi polisi yang telah ditetapkan oleh syarikat anda untuk mengelakkan dari sebarang kesilapan.

#06 - Fungsi Outing

Fungsi ini menggantikan buku log pelepasan sementara staf semasa dalam waktu bekerja atas sebarang urusan kecemasan, peribadi atau kerja luar yang bukan dari tugasan harian kebiasaan. HR dan Majikan akan dapat memantau pergerakan staf dari semasa ke semasa.

#07 - Laporan Kerja Harian (Task Daily)

Ada syarikat yang mengamalkan laporan kerja harian, mingguan atau bulanan di kumpulan Whatsapp atau Telegram. Di URUZ, anda boleh meletakkan senarai tugasan harian anda serta dapat mengemaskini kerja anda dengan memilih dari 30% sehingga status Completed untuk rujukan majikan.

#08 - Fungsi Department Request

Di dalam URUZ, terdapat satu fungsi untuk memudahkan majikan memberi kerja tambahan, atau jabatan berbeza memohon sebarang tugasan disiapkan dalam tempoh tertentu. Ianya dinamakan sebagai Department Request.

#09 - Fungsi Department Task

Setelah menerima tugasan dari majikan atau rakan sekerja, staf boleh untuk mengemaskini kerja tersebut sehinggalah ianya berjaya diselesaikan. Setiap kemaskini akan dirakam di bahagian Logs bersama lampiran fail sekiranya ada.

#10 - Fungsi Company Inbox

Staf akan menerima semua hebahan seperti pengumuman, notis pekeliling atau apa sahaja hebahan penting dari HR dan majikan di Company Inbox. Nama anda akan direkodkan secara automatik selepas anda membaca hebahan yang dikongsikan.

#11 - Fungsi Personal Inbox

Interaksi sesama staf kini boleh dilaksanakan dengan lebih profesional. Majikan boleh berkomunikasi dengan staf, Pengurus boleh berinteraksi dengan ahli pasukan, serta staf boleh berinteraksi dengan pihak pengurusan. Semuanya boleh dilaksanakan dengan selamat, privacy & efisien.

#12 - Fungsi My Claim

Menerusi fungsi ini staf boleh menghantar sebarang permohonan Claim yang dibenarkan oleh syarikat. (Nota: Pastikan HR telah berjaya set semua jenis Claim yang dibenarkan sebelum staf boleh menghantar permohonan sebarang tuntutan)

#13 - Fungsi My Leave

Tidak lengkap sistem pengurusan ini tanpa sistem permohonan cuti secara digital. (Nota: Pastikan HR telah berjaya set semua Leave yang dibenarkan oleh syarikat sebelum staf menghantar sebarang permohonan cuti)

#14 - Fungsi My Overtime

My Overtime ini dicipta khusus untuk syarikat yang menyediakan kelebihan bekerja lebih masa (OT). Staf hanya perlu Clock in OT terlebih dahulu untuk memastikan URUZ dapat merekodkan  masa bekerja anda. Seterusnya, apabila HR anda telah membenarkan staf untuk membuat sebarang tuntutan, maka anda hanya perlu memilih saja senarai OT yang telah anda ambil sebelum ini.

#15 - Bonus: External URL

Anda boleh gunakan fungsi ini untuk simpan semua link penting yang boleh dikongsikan kepada seluruh ahli pasukan. Ianya boleh diakses oleh sesiapa saja di dalam syarikat. Oleh sebab itu, anda hanya boleh kongsikan link-link yang general saja di sini. Sebagai contoh, link GDRIVE polisi, link kedai syarikat, atau link Zoom syarikat yang boleh diakses bila-bila masa saja.